Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir
zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi
SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.
Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi
merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya
menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah
SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari
penghayatan iman dan sains.
Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW
bersabda:
“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di
antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah
digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran
kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka
lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu
hilang.”
Waktu Solat Gerhana Matahari
Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika
ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari
tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya
matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau
selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.
Tata Cara Mengerjakan sholat Gerhana Matahari Dan Bulan
Shalat gerhana dilakukan sebanyak dua raka’at . setiap rakaat
dilakukan dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali sujud.
Adapun cara mengerjakannya adalah sbb:
1) Sebelum sholat,
jamaah dapat diingatkan dengan ungkapan, ”Ash-shalatu jaami’ah.
2) Takbiratul ihram
sambil Niat melakukan sholat gerhana {kalau gerhana matahari diniat untuk
sholat gerhana matahari (“kusufi”) . kalau gerhana bulan diniat untuk sholat
gerhana bulan (“khusufi”)}.
Niat sholat gerhana matahari :
“Aku sholat gerhana matahari 2 rakaat karena Allah Ta’ala”
Niat sholat gerhana bulan :
“Aku sholat gerhana bulan 2 rakaat karena Allah Ta’ala”
3) Membaca do’a iftitah kemudian membaca al-fatihah, lalu
membaca surat Al-Qur’an dianjurkan yang panjang suratnya.
4) kemudian ruku’ lalu I’tidal setelah I’tidal dilanjutkan
dengan membaca surat Alfatihah kembali kemudian ruku’ lagi (ruku’ yang ke 2),
lalu bangkit dari ruku’ (i’tidal).
5) kemudian sujud yang
lama seperti I’tidal lalu duduk antara 2 sujud kemudian sujud lagi.
6) kemudian bangkit dari sujud lalu mengerjakan rakaat ke 2
sebagaimana pada rakaat pertama hanya saja bacaan dan gerakan-gerakannya lebih
singkat dari sebelumnya.
7) kemudian duduk tasyahud akhir lalu memeberi salam.
8) Setelah sholat, Imam disunatkan untuk menyampaikan khutbah
yang berisi anjuran untuk beristigfar, berzikir, berdoa, dan bersedekah.
Download Video Tutorial solat Gerhana Nya Disini !!!