Rabu, 31 Januari 2018

Tata Cara Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan

Tata Cara Solat Gerhana Matahari dan Gerhana Bulan - ‘Gerhana Matahari’ disebut ‘Kusuf’ (الكُسُوفِ) di dalam bahasa Arab yang bermaksud terlindung atau hilangnya cahaya matahari, sama ada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya.

Gerhana bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi SAW yang dikenali sebagai ‘sebaik-baik kurun’.

Gerhana berlaku bukanlah kerana kemurkaan Allah SWT, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah SWT. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah SWT pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains.

Dari Abu Mas’ud Al Ansari beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kamu melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.”

Waktu Solat Gerhana Matahari


Solat Sunat Kusuf / Gerhana Matahari waktunya bermula ketika ternyata sedang berlakunya gerhana matahari sehingga selesai gerhana matahari tersebut. Iaitu dengan berakhir, tamatnya gerhana itu atau sehingga jatuhnya matahari dan hilangnya gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.


Tata Cara Mengerjakan sholat Gerhana Matahari Dan Bulan

Shalat gerhana dilakukan sebanyak dua raka’at . setiap rakaat dilakukan dengan 2 kali ruku’ dan 2 kali sujud.  Adapun cara mengerjakannya adalah sbb:

1)  Sebelum sholat, jamaah dapat diingatkan dengan ungkapan, ”Ash-shalatu jaami’ah.

2)  Takbiratul ihram sambil Niat melakukan sholat gerhana {kalau gerhana matahari diniat untuk sholat gerhana matahari (“kusufi”) . kalau gerhana bulan diniat untuk sholat gerhana bulan (“khusufi”)}.

     Niat sholat gerhana matahari :


                         “Aku sholat gerhana matahari 2 rakaat karena Allah Ta’ala”


     Niat sholat gerhana bulan :


                         “Aku sholat gerhana bulan 2 rakaat karena Allah Ta’ala”

3) Membaca do’a iftitah kemudian membaca al-fatihah, lalu membaca surat Al-Qur’an dianjurkan yang panjang suratnya.

4) kemudian ruku’ lalu I’tidal setelah I’tidal dilanjutkan dengan membaca surat Alfatihah kembali kemudian ruku’ lagi (ruku’ yang ke 2), lalu bangkit dari ruku’ (i’tidal).

5)  kemudian sujud yang lama seperti I’tidal lalu duduk antara 2 sujud kemudian sujud lagi.

6) kemudian bangkit dari sujud lalu mengerjakan rakaat ke 2 sebagaimana pada rakaat pertama hanya saja bacaan dan gerakan-gerakannya lebih singkat dari sebelumnya.

7) kemudian duduk tasyahud akhir lalu memeberi salam.

8) Setelah sholat, Imam disunatkan untuk menyampaikan khutbah yang berisi anjuran untuk beristigfar, berzikir, berdoa, dan bersedekah.



Download Video Tutorial solat Gerhana Nya Disini !!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar